Who we are
Who We Are

English Version  |  Chinese Version



from left Khaw Chay Tee, Director/Corporate Legal Advisor, Pro Bono; Soo Chun Leong, National Sales Manager; Hoh Yoke Yen, Merchandiser; Cheong Lai Lai, Operations Manager; Yap Lai Peng, Business Development Director; Lee Ming Siew, Product Executive; Lee Szee Lzan, Sales Executive; Jonathan Teoh, Creative Advisor, Pro Bono; Low Yen Yen, Account Executive; Leong Chee Chone, Sales Executive; Tan Sim Lan, Senior Key Account Manager; Ginix Khor, Finance Manager; Misnan Jamal, Driver/General Clerk; Julia Chong, Director/Chief Executive Officer; Loo Ah Gaik, Sales Executive (not shown)

The Truly Loving Company
The Truly Loving Company Sdn Bhd diperbadankan pada Julai 2006 dengan satu matlamat yang unik – iaitu untuk menyokong kerja-kerja amal di Malaysia dengan cara mengagihkan 100% dividen yang diperolehi hasil daripada keuntungan jualan produk rumah tangga dan penjagaan diri yang berkualiti tinggi denga jenama “TLC”. The Truly Loving Company kini mempunyai 5 Rakan Kebajikan Amal yang menerima bantuannya dan mereka ialah Persatuan Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal Johor Bahru, Hospis Malaysia, Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia, Rumah Aman dan Shelter – Home for Children.

Misi Kami
Misi kami ialah untuk menjana dana bagi tujuan amal dengan menjadikan produk kami jenama pilihan pengguna prihatin. Misi kami juga bertujuan membantu tujuan amal dari dana yang dijana dari produk berkualiti TLC dan menjadikan TLC jenama pilihan yang mendapat tempat di hati komunit pengguna prihatin.


Nilai Teras  
Prihatin Kami percaya bahawa kami perlu mempunyai semangat keprihatinan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik tanpa mengira bangsa atau agama.
Kami juga percaya bahawa semangat keprihatinan ini tiada sempadannya terutama untuk mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa dan agama.
Integriti Kami percaya tentang keadilan dan kejujuran dalam semua urusniaga
Kami percaya tentang  kebaikan bersikap adil dan jujur dalam semua tindakan kami.
Ketelusan Kami percaya apa pentingnya sikap keterbukaan dan ketelusan  dalam menjalankan perniagaan dan operasi kami
Kami percayae betapa pentingnya kejelasan dan ketelusan dalam menjalankan semua perniagaan dan operasi kami.
Kebertanggungjawaban Kami percaya bahawa kami perlu bertanggungjawab kepada komuniti, kepada rakan-rakan amal dan rakan-rakan perniagaan kami.
Kami berjanji untuk sentiasa bertindak  dengan penuh keyakinan dan bertanggungjawab kepada komuniti, rakan amal dan rakan perniagaan kami.

Struktur Syarikat
The Truly Loving Company Sdn Bhd telah dikeluarkan dan melunaskan hutang model RM1.5juta dan Julia Chong, CEO of The Truly Loving Company and Co-Director, Khaw Chay Tee masing- masing hanya mempunyai satu saham biasa. Ini bermakna Julia Chong dan Khaw Chay Tee tidak layak untuk mendapat sebarang bayaran dividen atau mengundi dan hanya layak untuk mentadbirkan dan menguruskan The Truly Loving Company. Yang tertinggal 1,499,998 saham keutamaan telah melantik HSBC (Malaysia) Trustee Berhad untuk memegang semua sahamnya yang layak dibayar dividen sebagai pemegang amanah kepada badan-badan kebajikan terbabit. Ia diuruskan secara professional dan untuk memastikan bahawa operasi dan perniagaannya dijalankan secara terbuka dan telus, The Truly Loving Company telah menerbitkan akuannya di laman webnya dan ia akan dilaksanakan beterusan setiap 6 bulan.

Rakan-Rakan Amal The Truly Loving Company

a) Persatuan Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal Johor Bahru, Johor
Persatuan Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal Johor Bahru, Johor (PPKKTAJ) ialah sebuah pertubuhan bukan mencari keuntungan yang dikecualikan dari cukai dan ditubuhkan pada 1990. PPKKTAJ kini menjaga kebajikan 230 penghuni lelaki dan wanita tang berusia antara tiga tahun hingga 50 tahun dengan kebanyakan daripada mereka adalah kanak kanak terencat akal yang menghidap pelbagai jenis kecacatan mental seperti Down Sindrom, cerebral palsy, hiperaktif, autisme and lain-lain. Rami daripada mereka adalah kanak-kanak terbuang yang ditinggalkan di luar pintu pagar persatuan itu.  

b) HOSPIS MALAYSIA
Hospis Malaysia yang diperbadankan pada 1991 sebagai sebuah syarikat yang dihadkan oleh jaminan, adalah sebuah pertubuhan amal yang memberikan ubat-ubatan dan menyediakan penjagaan secara percuma kepada para pesakit yang disahkan menghidap penyakit yang mengancam nyawa seperti kanser dan AIDS. Ia juga menyediakan bantuan psikologi dan emosi kepada ahli keluarga pesakit tanpa mengira kaum, agama dan taraf hidup. Hospis Malaysia turut memberikan bantuan dan sokongan kepada 35 pusat penjagaan lain di seluruh Malaysia.

c) Rumah Aman
Rumah Aman ialah sebuah pertubuhan bukan mencari keuntungan yang ditubuhkan pada 2005 dan merupakan ahli gabungan kepada Our Home: Rumah Aman sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Charity Commissioners di England No. Pendaftaran 1102689. Rumah Aman berusaha untuk menyediakan persekitaran terbail bagi anak-anak yatim yang dibesarkan di situ, dengan tumpuan untuk memberikan mereka pendidikan yang terbaik agar mereka kelak menjadi pemimpin atau sekurang-kurangnya menjadi individu yang berwibawa apabila dewasa nanti.

d) SHELTER
Shelter ialah sebuah pertubuhan kebajikan berdaftar yang ditubuhkan pada 1981 yang menyediakan penjagaan untuk kanak-kanak yang didera, ditinggalkan, diabaikan atau kanak-kanak yang menghadapi risiko dianiaya, di rumah-rumah penjagaannya dan menerusi perkhidmatan kauseling dan terapi. Ia juga secara proaktif berusaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu penderaan kanak-kanak, isu keibubapaan dan isu belia serta memberikan individu kemahiran yang relevan untuk membolehkan mereka mengesan tanda-tanda berlakunya penderaan dan cara-cara untuk mangambil tindakan yang sewarjarnya.

e) PERSATUAN STROK KEBANGSAAN MALAYSIA
Matlamat Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (NASAM) ialah untuk manyedarkan orang ramai bahawa mereka masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa selepas mengalami strok menerusi kaedah-kaedah pemulihan yang betul selain menggalakkan orang ramai berusaha untuk mencegah strok. Objektif NASAM adalah untuk mewujudkan kesedaran mengenai tiga fakta penting: Risiko mendapat strok boleh dikurang atau dicegah. Pemulihan awal mengurangkan pergantungan kepada orang lain yang berpanjangan. Pesakit masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa selepas mengalami strok. Matlamat jangka panjang NASAM ialah mewujudkan pusat pusat NASAM di setiap Bandar utama di Malaysia.