Langkau ke kandungan

Cara basuh baju bayi, dari pilih sabun hingga sidai

Cara basuh baju bayi yang betul: baju newborn dicuci dahulu, tips mencuci baju bayi dengan mesin atau tangan, rawat kesan susu dan sidai sampai kering.

Disemak oleh jingwen.ong@thetrulylovingcompany.com · Diterbitkan 18 November 2026

Bagaimana cara mencuci baju bayi dengan betul? Ringkasnya: basuh pakaian baru sebelum dipakai, guna detergen yang lembut mengikut sukatan pada label, dan pastikan tiada buih selepas membilas. Kesan susu, muntah dan najis dirawat dengan air sejuk dahulu. Kemudian sidai sampai kering.

Ramai ibu bapa baru tertanya-tanya macam mana nak basuh baju baby newborn. Berikut langkahnya.

Perlukah baju newborn yang baru dibeli dicuci dahulu?

Perlu. American Academy of Pediatrics (AAP) menasihatkan semua pakaian dibasuh sebelum digunakan. Baju baru mungkin ada lapisan kemasan dari kilang dan sudah dipegang ramai orang.

Selepas membeli baju bayi, basuh semuanya bersama baju lungsur, cadar, selimut, tuala dan lampin kain beberapa minggu sebelum tarikh bersalin.

Perlukah baju bayi diasingkan daripada baju orang dewasa?

Tidak semestinya. Menurut AAP, ramai ibu bapa membasuh baju bayi bersama pakaian anggota keluarga yang lain. Asingkan jika kulitnya mudah naik ruam atau dia ada ekzema, jika baju dewasa sangat kotor, atau jika ada kesan najis dan muntah, kerana anda perlu merendamnya dahulu. Jika tidak, basuh campur dengan baju keluarga.

Sabun basuh baju bayi yang sesuai

Bolehkah basuh guna sabun biasa? Boleh. Menurut AAP, detergen khusus bayi selalunya tidak perlu, dan anda boleh beralih kepada yang lebih lembut jika kulit bayi bertindak balas. Semak empat perkara ini pada label:

  1. Senarai "dibuat tanpa". Untuk kulit yang mudah bertindak balas, National Eczema Association (NEA) di Amerika Syarikat mencadangkan produk tanpa pewarna dan pewangi.
  2. Mudah dibilas. Sisa detergen boleh mengganggu kulit yang sensitif. Detergen cecair biasanya meninggalkan kurang sisa berbanding serbuk.
  3. Sesuai dengan mesin. Mesin muatan depan memerlukan detergen kurang buih.
  4. Sukatan yang jelas. Lebih banyak detergen tidak menjadikan baju lebih bersih, cuma lebih banyak sisa.

Pelembut fabrik tidak wajib. Jika digunakan, masukkan semasa bilasan terakhir.

Cecair pencuci baju bayi daripada TLC

TLC Green Cecair Pencuci Pakaian Kanak-kanak (Babes & Kiddies) 2L dibuat untuk lampin dan pakaian bayi. Ia daripada Rangkaian Produk TLC Green: berasaskan tumbuhan dan terbiodegradasi, kurang buih untuk mesin muatan atas dan muatan depan, serta sesuai untuk cucian air sejuk.

  • Dibuat tanpa: fosfat, agen peluntur, pencerah optik, paraben, pewarna, bahan pewarna dan formaldehid. Tidak diuji ke atas haiwan.
  • Sukatan: ½ penutup untuk muatan sederhana, 1 penutup untuk muatan penuh, atau ½ penutup dalam 10 liter air untuk cucian tangan.
  • Pek Isian Semula: Green Cecair Pencuci Pakaian Kanak-kanak (Pek Isian Semula) 1.8L mengisi semula botol yang sama. Formula yang sama, kurang plastik. Lihat cara isi semula tanpa tumpah.

Cara mencuci baju bayi dengan mesin basuh

  1. Asingkan muatan. Baju bayi, bib, cadar dan lampin kain dibasuh bersama.
  2. Baca label pada baju bayi. Label menunjukkan sama ada pakaian itu boleh dicuci dengan mesin, dan suhu airnya.
  3. Buang sisa pepejal dahulu. Lalukan kesan kotoran di bawah paip air sejuk, kemudian gosok sedikit detergen padanya.
  4. Guna beg jaring untuk stoking dan sarung tangan kecil.
  5. Sukat detergen untuk muatan sederhana atau penuh. Untuk mesin muatan depan, tuang ke dalam laci.
  6. Pilih kitaran biasa atau lembut. Bilasan tambahan disarankan jika ada.
  7. Sidai segera. Baju yang terperap lembap dalam mesin cepat berbau hapak.

Cara cuci baju bayi dengan tangan

  1. Isi besen dengan 10 liter air paip atau suam, kemudian masukkan sukatan cucian tangan (untuk Babes & Kiddies, ½ penutup).
  2. Biarkan terendam beberapa minit, kemudian gosok perlahan bahagian baju yang kotor.
  3. Bilas dengan air bersih sehingga jernih tanpa buih, biasanya dua atau tiga kali.
  4. Picit perlahan dan hindari memerah dengan kuat.

Mencuci baju bayi mengikut jenis kain

Ikut label penjagaan untuk setiap jenis kain, termasuk renda dan kain kait: label menunjukkan sama ada pakaian perlu dibasuh dengan tangan, suhu air dan cara mengeringkannya.

Cara hilangkan kesan kotoran pada baju bayi

Susu ibu, susu formula, muntah dan najis merupakan kotoran berasaskan protein. Menurut Iowa State University Extension, kotoran ini perlu dibersihkan dengan air sejuk terlebih dahulu kerana air panas boleh menyebabkan kotoran lebih sukar ditanggalkan.

Kesan Susu Ibu, Susu Formula & Muntah

  • Mula-mula: Bilas bahagian yang terkena kotoran di bawah air paip sejuk.

  • Kemudian: Gosok perlahan dengan sedikit detergen pakaian dan cuci seperti biasa.

Kesan Najis Bayi (Lampin Bocor)

  • Mula-mula: Buang sisa pepejal dan bilas dengan air sejuk.

  • Kemudian: Rendam dalam air sejuk sebelum mencuci dengan air suam.

Kesan Buah & Jus

  • Mula-mula: Kikis atau lap lebihan kotoran dengan perlahan.

  • Kemudian: Cuci menggunakan suhu air paling panas yang dibenarkan pada label penjagaan pakaian.

Kesan Minyak Bayi & Krim

  • Mula-mula: Lap lebihan minyak atau krim pada pakaian.

  • Kemudian: Gosok perlahan dengan sedikit detergen pakaian dan cuci menggunakan suhu air yang dibenarkan pada label penjagaan pakaian.

Tip Penting: Jika kotoran masih kelihatan, ulangi rendaman dalam air sejuk sebelum mencuci semula. Elakkan menggunakan sabun buku pada kesan buah kerana ia boleh menyebabkan kotoran lebih sukar ditanggalkan. Pastikan kotoran hilang sepenuhnya sebelum menyeterika atau menggunakan mesin pengering kerana haba boleh menyebabkan kotoran melekat secara kekal.

Cara mengeringkan baju bayi dalam cuaca lembap

Di Malaysia, menjemur sama penting dengan membasuh. Pakaian yang lambat kering dalam udara panas dan lembap mudah berbau hapak dan timbul tompok hitam kecil, yang ramai panggil "tahi lalat".

  • Jemur segera, dengan ruang antara setiap helai.
  • Di dalam rumah atau balkoni kondo, pasang kipas agar baju bayi cepat kering.
  • Jika guna mesin pengering, ikut label.

Tips mencuci pakaian bayi semasa monsun

Monsun Timur Laut biasanya bermula pada bulan November. Muatan kecil setiap hari atau dua hari sekali lebih cepat kering.

Cara simpan baju bayi selepas dibasuh

Lipat hanya selepas betul-betul kering, termasuk jahitan. Simpan dalam almari yang kering dan buka sesekali supaya udara masuk.

Bagaimana jika bayi ada ekzema atau kulit sensitif?

Kami tidak dapat memberikan nasihat perubatan. Jika kulit bayi ada ruam, tompok kering atau ekzema, tanya doktor anda dahulu, termasuk tentang cara mencuci pakaiannya.

NEA menyarankan bilasan tambahan. Mencari detergen yang sesuai mungkin memerlukan beberapa kali cubaan, jadi tukar satu perkara pada satu masa.

Ada soalan tentang bahan? Hubungi kami melalui Bantuan; kami membalas dalam tempoh 2 hari bekerja. Lihat juga panduan membaca label detergen jika kulit anda sensitif.

Sedia untuk cucian pertama?

Cari kedai yang menjual TLC berhampiran anda. 100% dividen TLC disalurkan kepada badan kebajikan.